Tuesday, March 31, 2009

mo0dy..mo0dy..mo0dy lagi..

*****This post has been removed by the author.*****


:n3sl0_109::n3sl0_109::n3sl0_109:

Friday, March 27, 2009

ketawa

mari belajar ketawa. Di sini ada 30 jenis ketawa...
ketawa pun ada jenis kan?? ish..ish..


1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum
13: Ketawa Double
14. Sengih
15. Ketawa kuat:LOL
16. Ketawa bergolek-golek: :n3sl0_40:
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ahakz = ketawa jimat cermat
20. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas
21. heheh - hampir-hampir ketawa
22. kui kui kui - ketawa sambil batuk
23. hik hik hik - ketawa dalam mabuk
24. hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring
26. eh heh - ketawa sindir.
27. huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)
28. ngee ngee ngee - ketawa sengih
29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe... .



tak kisah la macammana rupa ketawa tu.. yang penting kita ketawa.. sebab ketawa tu boleh membuatkan kita lupa masalah kita.. walaupun cuma sekejap..:n3sl0_01::n3sl0_01:

1 jam je..! tak lama pun...


Kenapa plak nak tutup lampu ?? - Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada.

Siapa yang startkan benda nieh weii ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

Cuma tutup lampu lah ?? - Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.

Boleh ke saya buat benda ini ?? - Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.

Apa matlamat untuk tahun ini ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

Siapa lagi yang saya nak ajak ?? - SEMUA !!! - Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahli komuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermula dari asia , eropah , africa dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini.

Jadi apa saya nak buat sekarang ?? - Mari , kita war-warkan kempen ini kepada semua. Bersama-sama, kita akan membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini .Sehingga kini sudah hampir 538 kota di 75 negara , sudah menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari , menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan. Lihat , mudah bukan..kita cuma perlu percaya. Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induvidu yang lain , kita akan melihat SATU KUASA besar yang akan membawa perubahan.

MARILAH KITA SAMA2 MENYOKONG EARTH HOUR 2009....!!

Wednesday, March 25, 2009

aku memang tak pandai bercakap


yup.. memang aku tak pandai bercakap!!
ape kau susah? mulut aku.. lantak aku la..

.
.
.
tapi si*l ar. mane aku nak lari ni.. aku tak nak tengok muke die lagi! aku tak nak jawab call die lagi! dan aku pun tak nak tengok msg die lagi dalam fon aku ni..
.
.
semak la wei!!!
sudah๋ lah ganggu hidup aku..
aku tak mintak beras kat sesape pun..
sikit pun tak penah
.
.
.
nape asyik-asyik..
aku? aku? aku? jer jadi mangsa kau..
.
.
ish.. semak tol minda aku nih..
tolong tepi sikit.. bagi ruang kat aku ni
sesak nafas da aku ni..!!!

.
.
.

p/s: entri untuk yang masih mencari aku


eh aku taip apa ni??? apa aku taip?? memang sah aku dah gila ni..

Sunday, March 22, 2009

aku gian nak mandi lagi

Tuhan beri aku kekuatan...
aku sudah tak berdaya lagi...


dalam menghadapi kekalutan..yang makin kutemui penghujungnya.. aku sempat melupakan tekanan aku seketika bersama teman-teman.. dan adik-adik kesayangan aku.. kami ke suatu tempat.. yg agak tidak jauh dari rumah kami..



dulu mase zaman aku sekolah rendah.. ayah selalu bawa kami sekeluarga ke sini.. tapi..sejak mak aku sakit.. kami tak lagi ke sini.. sehingga usia kembar dah masuk 9 thn.. mmg la kembar paling excited untuk kesini.. banyak dah berubah tak seperti dahulu.. sungguh indah.. aku sempat melupakan tekanan yang aku coret sendiri dalam kalung hatiku..




suke sangat si kembar tu.. berenang sampai tak ingat dunia.. aku senang bila lihat mereka senang.. aku gembira bila mereka gembira.. siapa mereka..?? mestilah adik-adik aku.. to, ina.. thanks sebab teman aku.. to,along- thanks sebab ajak kami.. to.apis- thanks sebab tolong menyibuk.. haha.. apis,-cameraman.. pada saat kami sedang leka mandi..

tiba-tiba turun plak hujan panas.. adik aku yang pakai baju oren tu ( dila ).. habis badan dia naik bintik-bintik merah.. mungkin akibat terkena hujan panas..kulit dia sensetif yang amat.. lansung dia berhenti mandi.. kesian.... dila..




mula-mula.. plan nak balik rumah jam 5.. tapi dah terbabas sampai ke jam 6.. sayang memang sayang nak tinggalkan tempat ni.. walaupun macam-macam kisah yang aku dengar kat dalam hutan ni.. tapi tempat ni tetap jadi pilihan pengunjung waktu hujung minggu.. kebetulan kami pergi hari sabtu.. memanglah crowded.. macam sadin.. tapi ok lah.. asalkan dapat mandi.. erk? lupe plak nak tunjuk cammane rupanya air terjun tu.. hihik..

sebab syok sangat mandi.. lupa nak snap gambo air terjun tu..



untuk keterangan lanjut sila layari www.pandanwaterfall.netfirms.com haha.. sempat je aku mengiklankan tempat ni..

eherm3.. kalau wat gathering chatterz kat sini pun mesti ok kan?? hihih..



ina sempat lagi sikat rambut before bergambar.. hihihi.. sementara aku plak.. tak kisah la nak serabai pun.. asal dapat mandi puas-puas..



ina yang kegigilan.. setelah 4jam berendam dalam air.. huhuhh..

ini plak ketika di jambatan gantung..




aku sebenarnya teringin mandi di k0lam tu.. tapi.. agak kegelian plak.. tak tahu la naper..



kami pergi dan balik dengan 1 kereta dan 1 motor..



tapi apis sorang je yang merempit.. yang lain sume dalam kereta la..

sampai rumah semua keletihan.. mujurlah aku dah siap masak mee kari.. balik lepas makan semua keletihan.. tapi kami tak tidur lagi.. memandangkan malam kami semua ada latihan kompang di pasar taman tas..

aku bersyukur.. tak ada perkara-perkara yang tak di ingini berlaku sepanjang kami di sana.. tapi cuma pinggang aku ni still sakit lagi.. terduduk di atas batu yang agak tajam.. so luka lah sikit.. tapi sikit jer..


ape2 pun thanks to:


adik2- sebab sudi jadi adik2 aku..
ina - sudi jadi kawan aku..& sentiasa mendengar keluhan hati aku
apis - sudi jadi kawan aku jugak.. dan bakal pakwe ina.. hehehehee
along- sudi jadi kawan aku & kawan baik kepada adik2 aku..

sekian~

Saturday, March 21, 2009

lumrah manusia

Hari ni aku happy sangat.... sebab dapat jumpa dear..
aku tau.. dear pun sama kan??
walau seharian tak tido.. apa khabar agaknya akak aku neh??
langsung tak call aku..
msg aku pun tak reply?? erm.. maybe die excited sgt jumpa buah ati kot..

nak upload pic td.. card reader lak ayah aku bawa gi pejabat.. adesh.
.
.


aku tak tau nape la sejak kebelakangan ni..
aku sering dikacau antu.. opss.. bkn antu biasa.. tp antu yg leh main ym..

prasaan aku bercampur-baur.. bosan,menyampah,meluat sume ada..
sehari sampai berpuluh2 misscall dgn hp ni..
neh yg wat aku tak tahan rasa mau baling jer hp aku ni..

yang paling takleh blah bile orang yang aku tak kenal call aku..
pastu cakap nak kenalan.. aku paling benci orang begitu..
die tak sedar ke die sedang mengganggu hidup orang lain..



aku mmg fak gile ar kalau orang wat macam tu........

aku susah nak angkat fon bile naik number yang aku tak kenal..
biarpun kadang2 mende tu urgent.. aku mesti akan lengah2kan..




hari ni aku on myspace.. dah bertahun aku tak on9..
tetibe macam ade seru lak suh aku on myspace.. maybe sebab dilah.
.membe skool aku dulu suh on9 myspace kot..

kebiasaannya ym je lah yang aku hadap tiap2 hari.. aku on myspace..
approve membe2 baru.. lantak lah.. aku malas cara dah..
nnti tak approve kate aku s0mbong.. aku suke myspace sbb ade mafia.wars..
heheh..
then.. aku pun tergerak ati nak bukak myspace member aku ni la..
chatter jugak..



ish.. aku tak tau nape aku benci die!!


mencik3x ......!!!!!


walaupun dia tak ada salah dgn aku..
aku benci dia sebab dia lelaki..

lelaki yang suka bertindak semahunya..
bukan jenis aku nak jaga hal tepi kain orang..
tp bagi aku lelaki macam ni aku mmg tak akan pandang langsung!
bila dia suka.. dia terima la.. bila dah ada yang baru.. yang lama dia buang..



kenapa? kenapa? kenapa?


yang lama tak cukup bagus ?? yang lama dah terlalu lama? yang lama perlu diperbaharui? mcm lesen eh??


oh!!! sh*t..!!


bertunang- maksudnya membina satu ikatan.. janji..
dugaan yang terlalu ekstrem ketika bertunang..
yang menguji sejauh mana kesabaran kita..



namun apa yang kau dah buat?? kau biarkan dia sendirian yang mengadapi ujian itu??
kau tinggalkan dia? kau cari yang lain?
bila rahsia kau dah terbongkar.. kau nak rayu simpati orang?
kalau ada yang simpati cuma gadis belasan yang belum mengenal erti cinta..
kau kata itu cinta? kau nak tunjukkan cinta kau pada dia? come on la..
lepas kau dapat apa yang kau idamkan.. kau tinggalkan gadis belasan tu?
kau lupakan cinta dia? dan kau kembali pada tunang kau?? lelaki
jenis apa kau ni?? erm..


walau apa pun.. aku bersyukur dipertemukan dengan dia..


TUHAN.. bantu kami.. berilah kami kekuatan.. agar kami tetap teguh berdiri di atas paksi keredhaanMu..Ya ALLAH...

Thursday, March 19, 2009

welcome to my life..




TERLANJUR CINTA - PASHA & ROSSA

Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang telah rapuh

Apa yang kugenggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan telah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Cintaku

Akupun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karena sekali cinta aku tetap cinta



lirik yang amat bermakna.. sungguh aku tak tahu jika kamu juga punya perasaan yang sama sepertiku.. maafkan aku kerana cuba menafikan segala kepastian yang DIA sudah tentukan.. benar..aku bukan seperti lalang.. aku cuma manusia yang risau & bimbang.. jika kehadiran aku dalam hidupmu akan lebih membebankan mu.. tp ternyata kita serupa.. kenapa aku cuba menentukan hidup orang lain..yg belum pasti bahagia dengan kamu?? maafkan aku.. aku juga manusia.. aku juga ingin bahagia.. kamu yang sentiasa membahagiakan aku dengan senyuman.. sedikitpun kamu tak mahu menampakkan kekecewaan ketika aku dengan yang lain.. aku juga begitu.. kerana aku sangat sayangkan kamu.. aku tak mahu kehilangan kamu.. tak mahu ditinggalkan kamu.. kerana kamu yang aku cari-cari.. ikhlas aku coretkan untuk kamu yang memahami....