Sunday, May 31, 2009

ape punye binatang lah manusia nih..!

kisah benar yang berlaku di Singapura untuk dijadikan iktibar bersama:



SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.

Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.

Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.

Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya.

Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Mukminin untuk ‘mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks’.

Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang kenalannya.

Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki.

‘Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,’ katanya.

Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak perempuan.

Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya sebelum ini.

Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan.

Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut.

Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata: ‘Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.’

Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara

ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan

MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.

Tanpa segan silu, si ayah berkata: ‘Kau tahan saja, sakit sekejap saja.’

Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.

Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun.

Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak pe rempuannya.

Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki.

Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya.

Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.

Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga dan ‘guru agama’ mereka.

Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka.

Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka.

Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri.

Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.

Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya.

Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang kawannya.

Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian.

Fakta kes

Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta’ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).

Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat jumbo.

Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas dirogol.

Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.

Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.

Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.

Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.

Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005

kenapa aku cakap isteri2 dia macam seeyal???… arrrr…kroang baca citer di bawah nie…

ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.

Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana ‘pengorbanan’ itu.

Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya.

Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.

Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan.

Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis.

Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.

Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.

Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.

Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya.

Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.

Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan ‘guru agama’ mereka, si isteri menuruti perintahnya.

Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.


DUNIA AKHIR ZAMAN, TAK LAMA LAGI KLUAR DAJJAL..!

Tuesday, May 26, 2009

mat rempit dengan blogger sama ke??




sedang daku berjalan2.. tetibe aku tersinggah la kat sebuah website.. agak bernas juga.. menyentuh pasal blogger.. ha.. mcm kite2 ni.. :cinonet_17:tapi betul ke blogger dgn mat rempit tu same?? mcm tak pecaya jer..:cinonet_25:

menurut mereka:

Ditanya pada anak muda itu, professionnya, mat rempit. Cukup yakin dan penuh ilmu didada bila bercakap tentang bidangnya. Dan ini komentarnya untuk blogger.


:cinonet_42:#1 Gua memang suka modified motor. Operate enjin, operate ekzos, setting sana, tukar sini. Itu belum dikira make up lagi. Baru nampak power, nampak ranggi.

Macam lu orang la blogger. Buat blog, letak macam2 plugin, tukar itu, touch up sini. Baru boleh tingkatkan performance, lain dari yang lain dan nampak profesional.


:cinonet_42:#2 Gua memang suka menunjuk2. Bila wheellie, bila wikang, orang tengok, orang tepuk. Itu satu kehebatan. Kalau orang TV datang ambik gambar, lagi gua buat2.

Macam lu orang la,ada blog mesti nak tunjuk2. Nak bagi semua orang tahu. kalau tak lu syok sendiri. Orang baca, orang komen, itu satu penghargaan.


:cinonet_42:#3 Gua memang suka kejar2 ngan polis, langgar roadblock itu biasa, langgar polis, pun biasa. Nasib tak baik kena tangkap, masuk lokap.

Lu orang pun apa kurangnya. Ada yang suka cabar polis, cabar kerajaan dan tak takut undang2. Tulis dalam blog berapi2. Silap haribulan kena tangkap, masuk lokap, masuk ISA. Tak caya lu tanya lu punya kawan Raja Petra, Syed Azidi dan ramai lagi yg kena tahan, kena saman.


:cinonet_42:#4 Jadi mat rempit dapat publisiti meluas. Boleh kalahkan juara AF. Media yang bagi nama, media yang agungkan dan media sebenarnya yang galakkan ramai anak muda jadi mat rempit. Anak muda biasalah, mana yang jahat, itu yang hebat.

Tapi lu orang pun sama juga. Sekarang orang media banyak dapat info pun dari blog. Gua tengok ada paper siap ada ruangan untuk blogger. Kadang2 blogger punya tulisan lagi hebat, lagi dasyat. Mana lu orang dapat info pun gua tak tahu. Bercakap seolah2 ada betul kat tempat kejadian. Bercerita pasal si anu seolah2 macam tinggal serumah, tidur sebantal.


:cinonet_42:#5 Merempit adalah hobi gua, macm lu lah, suka blogging. Masing2 punya minat.
Ragut? hey, itu bukan mat rempit, itu mat pet.



menurut aku plak:

1. blogger menghargai nyawa berbanding mat rempit

2. blogger bukan menyiarkan tentang orang lain semata-mata. ada juga yang hanya berblogging untuk tatapan teman2 supaya lebih mengenali mereka lebih dekat

3. blogger tak perlu bazirkan banyak duit berbanding mat rempit

4. blogger tak buat bising walaupun menggunakan ayat2 yang agak laser..

5. blogger CERDIK, mat rempit BODOH..


p/s: REMPIT!! pilih jalan hitam di jalan-raya.. sebab takde jalan putih lagi:cinonet_49::cinonet_26:

Sunday, May 24, 2009

jiwa kosong? slama ni ada ape dlm jiwa tu?






:puteh_14::puteh_3::puteh_14::puteh_3::puteh_14::puteh_3:

tak pasti kenapa..
aku rasa tak macam dulu.. walaupun mak ayah aku dah berbaik semula..
perasaan macam ada yang tak kena..

mimpi??

mimpi yang pelik2.. yang mustahil..!:puteh_11:

zura (spupu aku) pregnant.. dan besalin
mimpi kawan baik aku.. lesbian..
mimpi aku jadi CHEF..~!!

oh TUHAN...
kenape leh mimpi mcmtu... sedangkan aku tau semua tu mustahil..
ada sesuatu yang pelik.!
tapi ape mende tu...


:puteh_25:


on9 pun dah tak seligat dulu..
tgk katun pun.. dah tak selama dulu..
mkn pun dah tak sebanyak dulu..

tapi.. mamdi malam mmg selalu.:puteh_13:



mungkin aku rasa aku dah besar?? aku rasa life aku.. tak patut di sisi mak ayah aku lagi..
tapi?? aku nak pergi mana??

:puteh_18:


ini wat aku bingung...
makin hari makin blur..:puteh_10:


ape aku penah jadi gini sebelum ni??
kenape eh? aku dah dapat apa yang aku nak..
tapi aku rasa kosong..



:puteh_25:

YA ALLAH.. berilah aku petunjuk-MU....

Saturday, May 23, 2009

kisah A , B dan C

B cerita kat aku... C mcmni-mcmtu.. mula2 aku xpecaya..
aku sayangkan B dgn C.. aku taknak kehilangan ke dua-duanya..
tapi.. B da sedarkan aku.. C dah berubah..


mungkin aku yang terlalu emosi..

sebab C sebok nk wat preparation die..
tapi B pun sebok.. tp still ada masa untuk aku..


dulu.. aku rapat sangat dgn C... aku cerita mcm2 pada C..
cuma C ke faham aku...
Tapi C... mmg susah nk bgtau ape masalah die..
semuanya tentang C aku tau lebih.. tapi B tau sikit2 la..
B mungkin ada terasa gak.. sbb B pun baik dgn C..

mungkin sebab C perempuan.. die senang bercerita kat A (aku) drpd kat B..
tapi aku xkisah la.. sebab C aku kenal B dengan baik kan??


suka, duka, sedih, menangis ketawa.. semua kami sama-sama..
tapi sekarang da lain..


C mungkin pasni dah nak bekeluarga..
pasni cume A dgn B je tggl..
tapi mujur ade B... Kalau tak A sorang2 je..
takpe lah C.. dah jodoh C kan,.
A dgn B cuma mampu berdoa je.. untuk C..

tapikan??

aku rindu zaman mase A,B dgn C join conference kat ym dulu2..
hurm.. semuanya dah berlalu..
B pun taktau sampai bile leh bertahan dgn A..
mungkin pasni ade D..E..F..G.. plak.. dan seterusnye..



but I love both of them.. B n C..
rindu sangat2.. walaupun A tak penah jmpe dgn B dan C..


hurm...




bile leh pegi bersame-same ni.. =>

tapi B dan C... tlg lah mengalah k.. demi A =)
B- sabar k.. jgn emosi..
C- tlglah faham kami..





P/S to B dan C : pas bace tolong gelak k..! love u.!

Wednesday, May 13, 2009

Gangguan Bekalan Elektrik Di 5 Negeri

Kepada pengguna BEKALAN LETRIK yang dihormati sekalian..

Gangguan bekalan elaktrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air.

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama lebih kurang seminggu, sebelum ianya berakhir.

Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang TNB yang voltannya 'terlebih' aktif dan gangguan ini akan berlaku di negeri-negeri berikut..


1. SELURUH NEGERI MELAKA
2. SELURUH NEGERI SEMBILAN
3. SEBAHAGIAN NEGERI SELANGOR
4. SEBAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
5. SELURUH NEGERI JOHOR

PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD MALAYSIA INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PENGGUNA TERBABIT DAN BERHARAP AGAR SEMUA PENGGUNA MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA.


Harap maaf... (sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan anda)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, May 11, 2009

babi selesema??? oh tidak...

:pandaGeli_17: babi oh babi.. kenapa kau selesema???

adesh.. post kali ni pasal bakat selesema yang ada pada babi..

:pandaGeli_08: baik korang berjaga-jaga sebelum virus ni menjangkiti korang..
bahaye tau...


:pandaGeli_12:


1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh

sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung

dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal

dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009

dan telah terus menular ke negara-negara lain.


3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit

kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau

cirit birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-

permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan

dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit

atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair

pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak (nasib baik...:pandaGeli_23: )


6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu

atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan

dengan air dan sabun.

Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak

menyentuh mata, hidung dan mulut.

Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.

Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan

kepada orang lain.


1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Belum ada.

2. Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. (korang pun tau WHO wat keje mcmne kn :pandaGeli_02::pandaGeli_01: )




p/s : jadi ingat k.. biar perangai macam babi, tapi jangan makan babi selalu...:pandaGeli_32:


:pandaGeli_15:

Sunday, May 3, 2009

tagged dari raptor

tagged??? oh tidak...!!! ape tu?? jenuh da kene tagged ni mase dulu2.. tapi skrg kene lagi weih.. wat blog ni sebab nak ngelak kene tagged ar.. adeshh... alih2 kene lagi..

ape2 pun.. layan..

1 - nama yang dingini kalau diberi peluang untuk menukarkanya?
solehah.. ceywah baik je.. (tp mulut mcm $%#^$%%&%$%!@! xleh la.. )

2 - adakah kamu single?
biarlah rahsia

3 - kesenangan diri kamu apabila .......?
ayah bekukan taik telinga ni sehari je ( hari2 bising sakit telinga wo0o ayah)

4 - orang kesayangan kamu?
itu kat sebelah tu

5 - siapakah kawan karibmu dan kenapa kamu senang bersamanya?
kawan karib ramai.. senang bersama sebab 1 kepala.. n kepala sama2 gila..
& plg penting mulut sama laser.. dan takde terasa2 ni..


6 - warna kegemaran kamu dan kenapa?
oo0o0o0oooren.. sebab ceria jer..

7 - filem terakhir kamu tonton?
filem pew? ha.. cite 12 rounds tu kot..

8 - hero a.k.a watak kegemaran kamu dan kenapa?
hero? suke tgk Edge, Undertaker, Batista, John Cena ( WWE je)

9 - heroin kegemaran kamu dan kenapa?
err.. lum ade lg..

10 - muzik kegemaran kamu dan mengapa?
muzik yang tak mengantuk

11 - pendapat kamu tentang saya?
kamu??? manelah sy tahu.. sy tak suka menyibuk hal org ni.. wakakakaa
kamu seorang yang suka menyibuk bila sy sedih.. dan kamu selalu buat org hepi.

12 - apakah sifat yang membuatkan dirimu senang?
tak sombong dan tak mudah terasa..

13 - sifat yang dibenci olehmu?
tak jujur, penipu, penipu dan penipu.

14 - angaran umur untuk kamu berkahwin?
30thn

15 - adakah kamu pernah kecewa bercinta?
pernah. tapi kecewa sekali tak bererti selamanya

16 - cinta pertama pada umur?
16 thn kot

17 - cinta sekarang?
biarlah rahsia

18 - pendapat kamu tentang wang?
wang memanglah penting.. takde wang ibarat hilang 1 deria.. taw tak!!

19 - henphone yang kamu gunakan?
i-33sposen jenama terbaru nokia

20 - jika kamu seorang artis terkenal?
itu jika? lagu melly tu kn? jadi artis xbest la.. xde privacy..

ok.. tamatlah sudah riwayat tagged dari kamu rap.. harap pasni sila tag aku lagi yea..

Saturday, May 2, 2009

sape OKU sebenar???



SANI EXPRESS.. itu lah bas yang aku naik untuk sampai ke kuantan. dari kajang perjalanan lebih kurang 4jam. dalam mengisi masa2 terluang aku sempat la aku menjengah umat2 sekitar aku.. tetiba aku terperasaan la kat sorang kakak ni.. sempoi jer.. tapi nak duduk kat seat die takleh.. die nyer seat tu ada OKU..

demikian perbualan mereka:

kakak cantik : abg blh tak masuk seat kt dlm tu.. sy nak duduk mana ni..
abg OKU: maaflah dik.. kalau nak suruh abg alih tempat mmg susah.. tgk lah keadaan abg ni dik..
kakak cantik : ok xpelah abg.. sy duduk seat depan dulu.. nanti kalau ada orang sy beralih la..


mase bas dah gerak.. dalam beberapa minit.. sampai kt hentian seterusnya.. aku tak berapa pasti hentian mana.. tapi ketika aku sedar.. ramai makhluk tgh nak naik bas.. untuk balik ke kemaman & k. terengganu..
seat sbelah aku yang mula2 kosong.. telah di isi oleh seorg makcik la..

tetiba terdgr satu suara~

kakak cantik : pakcik.. kat mana sy nak duduk ni.. seme seat da penuh.. tggl sbelah abg cacat tu je kosong..
driver : alah.. awak ni.. suruh la die beralih masuk ke dalam.. takkan saya nak pegi angkat die plak?? awk igt sy ni keje kuli angkat orang cacat ke? sy ni driver k

hati aku mula memberontak.. geram dengan pakcik(dlm lingkugan umur 40-an) ni..!!
dah memang tugas kau selesaikan masalah dalam bas tu.. dah jadi tanggungjawab driver tu jugak la.. tapi die leh wat derk je..

last-last..

abg OKU : dik..dik..! mari sini tolong abg ni.. abg tak boleh bergerak sorang2..
kakak cantik : boleh tak abg?? boleh tak.. ( sambil membantu abg OKU tu mengangkat badan ke seat sebelah )
driver brengset : hah?? angkat lagi.. !! ape awak buat tu.. takkan tgk jer.. awk tlg la si cacat tu.. kan awk jugak nak duduk situ..

dalam hati aku.. @!#@#%#$^$%&(*&(%^&%@#$!#!#!... celaka nyer la driver ni..!

patutnye die tlg la abg OKU tu.. tapi die suruh lak kakak cantik tu.. dah la kakak cantik tu badan agak sekeping.. alahai.. leh plak driver tu arah2kn kakak cantik tu tlg angkat abg OKU tu..

perempuan kan golongan yang lemah.. tapi jangan lupa.. kanak-kanak, warga emas, dan OKU pun lemah tau..

bantu lah OKU.. sebenarnya diorg tak mintak simpati pun..
diorg pun taknak dilahirkan sebegitu..
kalau diberi pilihan diorg pun nak hidup sempurna macam kita semua..

jadi jangan hina orang cacat & tak sempurna seperti mereka..
sebab mereka pun punya hati & perasaan..

cuba lah bayangkan kita yang jadi mereka tu..

tapi aku salute same abg OKU tu..
walaupun die berjalan dengan tangan.. die tak minta simpati orang untuk naik ke atas bas..
die buat apa saja.. selagi dia boleh...


bas SANI EXPRESS.. oklah.. dalam tu tak ada cacat cela..
cuma 1 jer.. kalau boleh kasi improve sket..
ada tempat khas untuk OKU ni..
so takde lah susah sangat diorg nak cari tempat.. kalau leh kasi seat yang depan2 tu..
dan tolong lah layan mereka seperti penumpang lain juga..

SEBAB DIORANG PUN MANUSIA MACAM KITA.....






ok now.. kite leh wat conclusion... sebenarnya.. driver tu yang OKU.. atau abg OKU tu yang sebenar2nye OKU.. =)